Subject: TERDEDAH: KOMPLOT AGEN KONSPIRASI MENCIPTA
"BUKTI" PALSU Date: Tue, 15 Dec 1998 17:46:28 GMT From: rozazee@my-dejanews.com Organization: Deja News - The Leader in Internet Discussion Newsgroups: soc.culture.malaysia Pegawai polis yang menjadi agen utama konspirasi untuk menjatuhkan Dato Seri Anwar Ibrahim tampil dengan helah baru. Dia mengemukakan di mahkamah bahan "bukti" yang kononnya air mani Dato Seri Anwar Ibrahim terdapat pada sehelai tilam yang diambil dari sebuah flat di mana beliau dikatakan mengadakan hubungan jenis. Sebenarnya bahan bukti demikian rupa hanya layak dikemukakan oleh seorang ahli kimia. Tetapi tujuannya sudah pasti bukan untuk mencapai kesahihan dari segi undang-undang, semata-mata untuk mengelirukan orang ramai. Malah keterangan Musa Hasan ini, bagi orang yang berfikiran waras, lebih banyak menimbulkan kemusykilan dan keraguan kepada kes pendakwa daripada mengesahkan tohmahan yang ditimpakan ke atas tertuduh. Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui, dengan izin-Nya, sekali lagi terdedah komplot keji untuk mencemarkan nama baik Dato Seri Anwar Ibrahim. Dari mulut Musa Hasan sendiri, tilam itu diambil dari flat tersebut pada 10 July 1998. Ia diserahkan pada Jabatan Kimia pada 5 November 1998. Selama hampir empat bulan tilam itu disimpan di Bukit Aman. Kenapa tilam itu tidak diserah pada Jabatan Kimia dengan segera? Ini menimbulkan keraguan sama ada terdapat apa-apa tanda atau bekas (stain) terdapat pada asalnya. Kemungkinan juga tilam itu telah diserahkan pada Jabatan Kimia pada ketika itu dan hasilnya tidak memuaskan pihak polis. Namun, pada 28hb September semasa ditahan di bawah ISA di Bukit Aman, Anwar membenarkan darahnya diambil. Beliau diberitahu darah itu untuk tujuan ujian HIV menurut peruntukan Akta Dadah Merbahaya. Hanya kemudian apabila dibenarkan bertemu peguamnya, beliau dinasihatkan tidak perlu menurut undang-undang memberi darah itu kerana dia bukan dituduh di bawah Akta Dadah Merbahaya. Jadi pengambilan darah itu sebenarnya sudah melanggar undang-undang. Apa yang berlaku, sebahagian darah inilah yang mungkin telah dipercikkan kepada tilam itu. Darah atau air mani kedua-duanya mengandungi DNA yang boleh dikesan oleh ahli kimia untuk mengesahkan bawah kesan darah atau air mani itu milik sesorang. Dalam hal ini, kalau kesan darah sudah lama pada tilam itu memang serupa dengan kesan air mani. Tidak dapat dibezakan sama ada betul air mani atau darah yang sedang diperiksa oleh ahli kimia yang berkenaan. Tambahan pula memang ada cara untuk menghilangkan warna darah itu, tetapi masih meninggalkan maklumat DNA-nya. Pihak polis memang dengan mudah mencipta bukti mengatakan kesan "air mani" yang terdapat pada tilam berkenaan datang dari tubuh Dato Seri Anwar! Oleh kerana contoh darah didapati dari Dato Seri Anwar hanya pada 28 September, maka terpaksa menunggu hingga 5 November baru tilam itu diserahkan pada Jabatan Kimia! Kemudian pada 6 Disember sebahagian lagi contoh darah Dato Seri Anwar diberi kepada Jabatan Kimia (tanpa izin Anwar) dengan tujuan untuk "membuktikan" yang DNA yang dikatakan didapati melalui bekas air mani pada tilam adalah sama dengan DNA dalam contoh darah Anwar. Suatu kemungkinan lagi ialah air mani itu diambil dari tilam bilik tidur utama rumah rasmi Anwar di 47 Jalan Damansara. Anwar keluar dari rumah itu pada tengahari 3 September 1998, setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada petang 2 September. Pihak polis telah menggeledah rumah itu sebaik sahaja dikosongkan. Cara yang ketiga ialah semasa beliau tidak sedarkan diri setelah dipukul pada malam 20 September, satu jarum suntikan boleh dibuat untuk mendapatkan air mani dari tubuh beliau. Ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor. Air mani yang diperolehi dengan dua cara terakhir ini boleh dengan mudah dipindahkan kepada tilam berkenaan yang dipamerkan di Mahkamah. Kesimpulannya, walaupun terbukti sah terdapat kesan air mani Dato Seri Anwar pada tilam berkenaan, ini tidak membuktikan yang beliau pernah menggunakan tilam itu, apalagi membuktikan beliau telah mengadakan hubungan jenis dengan sesiapa seperti yang didakwa. Sebaliknya, pihak pendakwa harus menjelaskan kenapa terlalu lama waktu (hampir 4 bulan) tilam itu disimpan di Bukit Aman sebelum diserah kepada Jabatan Kimia. Ini menunjukkan percubaan sengaja untuk mencipta bahan bukti palsu yang memburukkan lagi Dato Seri Anwar. Yang anehnya, kesaksian mengenai tilam ini dibenarkan oleh Hakim, sedangkan ia tidak ada kena mengena langsung dengan tuduhan yang sedang dibicarakan! Hakim yang beberapa kali menghalang pihak peguambela untuk menanyakan soalan kepada saksi kerana kononnya "tidak relevan" membenarkan kesaksian yang lebih tidak relevan lagi. -----------== Posted via Deja News, The Discussion Network ==---------- http://www.dejanews.com/ Search, Read, Discuss, or Start Your Own |