Hit Counter
MALEK HUSSIN'S PRESS STATEMENT

On 25 September 1998 I was arrested under Section 73(1) of the Internal Security Act, 1960 on the ground that I was believed to have acted in a way prejudicial to the security of Malaysia. I am convinced that my arrest was related to my active role and participation in the Reformasi Movement that was founded and led by Datuk Seri Anwar bin Ibrahim following his expulsion as the Deputy Prime Minister of Malaysia.

On 21 November 1998, after being detained for 58 days, I was released unconditionally from the ISA detention. My release means that I am no longer been considered as a threat to the national security.

Following the release, today I wish to take the opportunity to thank the Royal Malaysian Police that has released me without condition. I also wish to state my highest appreciation to various parties especially Datin Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Malaysian People Justice Movement (GERAK) under the leadership of Datuk Fadzil bin Mohd Noor, political parties and non-governmental organisations that had taken serious attention in addressing the issue of my detention and other detainees connected to the activities of the Reformasi Movement.

With this release, I wish to affirm that I shall continue to play an active role to uphold the struggle to seek the truth, justice, freedom and to defend human rights according to the the principles of the Constitution and the rule of law. Without compromise, I shall continue the effort of confronting falsehood, injustice, subjugation and infringement of human rights. These policies of struggle are in accord with the Permatang Pauh Declaration and the Declaration of 20 September 1998.

In this context, I reaffirm that I support the continuation of the Reformasi peaceful struggle through an effective platform and approach without foreign interference by galvanising again the voices of truth, justice and freedom-lovers in order to uproot the evils of arrogance by achieving victory in the the next general elections.

ABDUL MALEK BIN HUSSIN
28 November 1998

 

KENYATAAN AKHBAR MALEK HUSSIN

Pada 25 September 1998 saya telah ditangkap di bawah Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 atas alasan bahawa saya dipercayai telah bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia. Saya meyakini bahawa penangkapan saya itu mempunyai kaitan dengan penglibatan aktif dan peranan saya di dalam Gerakan Reformasi yang diasas dan dipimpin oleh YB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim berikutan dengan pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pada 21 November 1998, setelah ditahan selama 58 hari, saya telah dibebaskan tanpa syarat daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pembebasan saya itu membawa pengertian bahawa saya tidak lagi merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara.

Berikutan dengan pembebasan itu, pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia yang telah membebaskan saya tanpa syarat. Di samping itu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelbagai pihak khasnya Datin Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) pimpinan YB Datuk Fadzil bin Mohd Noor, parti-parti politik dan badan-badan bukan Kerajaan yang telah mengambil perhatian berat dalam menangani isu penahanan saya dan lain-lain tahanan yang dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti Gerakan Reformasi.

Dengan pembebasan ini, saya ingin mempertegaskan bahawa saya akan terus berperanan aktif untuk mendukung perjuangan bagi menegakkan kebenaran, keadilan, kebebasan dan mempertahankan hak-hak asasi manusia menurut prinsip-prinsip Perlembagaan dan pemerintahan berasaskan perundangan. Tanpa kompromi saya akan meneruskan usaha bagi menentang kebatilan, kezaliman, pengongkongan dan pencabulan hak-hak asasi manusia. Dasar-dasar perjuangan ini adalah selaras dengan Pengisytiharan Permatang Pauh dan Ikrar 20 September 1998.

Dalam konteks ini, saya mempertegaskan bahawa saya mendukung penerusan perjuangan Reformasi secara aman melalui wadah dan pendekatan yang berkesan tanpa campurtangan kuasa asing dengan menggembelingkan kembali suara pencinta kebenaran, keadilan dan kebebasan bagi mencabut akar umbi kerakusan dan keangkuhan kuasa melalui kemenangan pilihanraya umum yang akan datang.

ABDUL MALEK BIN HUSSIN
28 November 1998

Back to Justice for Anwar And Reformasi Index Page